Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan menerima mengadap
13/04/2024

hm_130424.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam petang tadi berkenan menerima mengadap Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Ehwal Luar, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman dan rombongan yang berlangsung di Istana Nurul Iman. 

Tuan Yang Terutama dan rombongan mengadakan lawatan ke negara ini selama lima hari yang bermula pada 11 hingga 15 April 2024 bagi mewakili Kerajaan Republik Singapura untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri, di sini. 

Lawatan yang merangkumi kunjungan ke rumah-rumah terbuka ini jelas mencerminkan persahabatan yang istimewa dan unik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura sekali gus dapat meningkatkan lagi hubungan sedia ada antara kedua-dua buah negara yang sekian lama terjalin. 

Keakraban persahabatan ini telah dapat mengembangkan sumber tenaga manusia di sektor kerajaan serta perekonomian di sektor swasta melalui pelbagai kerjasama dua hala. 

Dalam mengukuhkan lagi hubungan, kedua-dua buah negara juga bekerjasama rapat melalui inisiatif-inisiatif di bawah memorandum-memorandum persefahaman. 

Di kesempatan ini, TYT menyembahkan sembah ucapan Hari Raya Aidilfitri bagi pihak kerajaan Republik Singapura, ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​